berita

Ha, Berlagak Sangat. Kan Dah Mendapat!

August 27th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kerana mulut, badan binasa. Pepatah ini sesuai dengan kisah individu ini apabila dia memuat naik satu Tweet di Twitter mengatakan bahawa dia telah diterima untuk membuat latihan praktikal di The National Aeronautics and Space Administration (NASA). Tweet individu itu juga seolah-olah ingin membuktikan dirinya sangat hebat apabila diberi peluang untuk bekerja bersama NASA.

Walaubagaimana pun, ia tidak bertahan lama apabila..

Kerana mulut, badan binasa

Paparan skrin diatas menunjukkan perbualan antara individu yang mengatakan bahawa dirinya telah diterima untuk membuat latihan praktikal di NASA dengan nada yang sangat angkuh. Sehingga lah seorang lelaki bernama Homer Hickham membalas Tweet tersebut dengan berkata- “Jaga bahasa”.

Walaubagaimanapun, nasihat itu tidak diendahkan oleh individu itu. Rupa-rupanya Homer Hickham itu adalah salah seorang dari National Space Council yang memantau NASA.

Selain itu, Homer seorang penulis kelahiran Amerika Syarikat dan bekas jurutera NASA yang bertanggungjawab mengajar angkasawan pertama dari Jepun. Berita mengenai insiden Tweet itu turut tersebar di blog serta akhbar antarabangsa.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×