Pulut adalah antara makanan yang turut juga menjadi pilihan kebanyakkan orang Malaysia. Pulut sering dihasilkan menjadi kuih muih untuk juadah semasa bersarapan pagi mahupun minum petang. Selain itu, pulut juga sering dijadikan sebagai menu utama dalam memeriahkan suasana hari raya atau majlis tertentu dengan juadah seperti ketupat palas dan pulut kuning.
Pasti masih ada yang bingung untuk mempelbagaikan lagi penggunaan pulut ini dalam masakan, betul tak? Kalau tidak pulut panggang, mesti pulut kuning yang sering diolah menggunakan pulut. Jadi hari ini kami nak kongsikan 5 resepi pulut yang boleh dijadikan juadah bersarapan pagi mahupun minum petang yang sangat jarang orang cuba.
Pulut Lepa
Pulut lepa hampir sama bentuknya dengan pulut panggang. Namun bahan-bahan yang digunakan sedikit berbeza dan rasanya juga jauh lebih enak. Anda pasti jatuh cinta dengan keunikan rasa intinya yang terhasil daripada campuran isi ikan dan pelbagai herba lain. Penggemar pulut panggang wajib mencuba resepi ini!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/pulut-lepa
Pulut Bakar Wangi
Pulut bakar wangi boleh dijadikan santapan untuk minum petang, dan lebih enak jika dihidangkan bersama-sama teh o’ panas. Aroma wangi daripada teh halba, cengkih dan santan sangat membangkitkan selera. Admin dah cuba, memang terbaik!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/pulut-bakar-wangi
Pulut Delima
Mungkin sebelum ini korang hanya melihat variasi warna kuning dan hijau sahaja dalam penyediaan pulut. Apa kata kali ni korang cuba pula resepi pulut delima ini.
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/pulut-delima
Pulut Sambal Bilis
Sekali sekala menyediakan sarapan pagi yang berbeza pasti memberi impak yang lebih baik bagi menghadapi tekanan kerja sepanjang hari. Sambal bilis secukup rasa dan kerangupannya digabung bersama pulut dan sedikit parutan kelapa pasti dapat menambat hati anak-anak. Jika anda buntu mencari resepi buat sarapan pagi, resepi ini boleh membantu!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/pulut-sambal-bilis
Pulut Inti Manis
Pulut inti manis jarang disediakan oleh mana-mana peniaga sarapan pagi di sekitar lembah klang dan makanan ini biasanya popular dalam kalangan mereka yang berasal dari pantai timur. Tapi korang tak perlu risau lagi sebab resepi pulut ini sangat mudah. Korang boleh cuba buat sendiri di rumah dan variasikan mengikut cita rasa sendiri. Nak letak inti banyak mana pun tak ada masalah. Selamat mencuba!
Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/pulut-inti-manis
Sumber: myresipi