Hidup berjiran memang perlu saling tolong-menolong dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dari situlah wujudnya satu kawasan kejiranan yang baik dan positif antara satu sama lain. Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Menerusi Twitter Izzaty Masmudin, gadis tersebut berkongsi tentang jiran-jirannya yang berbangsa Cina membantu mereka mengemas khemah setelah selesai kenduri doa selamat. Untung dapat jiran macam ni!
Terharu dapat jiran macam ni
Selesai je kenduri doa selamat tadi. Jiran chinese i tolong kemas weyyyyy. Aku terharu gila dapat jiran jiran macam ni. 4 buah rumah pulak tu yang tolong kami. Semua baik baik suka bersembang. ?? pic.twitter.com/m5XJrzvC7v
— zaty ?? (@izzatymasmudin) March 30, 2019
Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik melalui Twitter Izzati, mendapat perhatian netizen apabila kehadiran jiran-jiran berbangsa Cina datang untuk membantu mereka sekeluarga selepas kenduri doa selamat.
Tak pernah berkira langsung
Gadis tersebut berkongsi sikap jirannya yang sering kali menolong mereka tanpa berkira langsung di samping berkongsi mengenai amalan bertukar-tukar buah tangan bersempena hari perayaan. Selepas majlis tersebut selesai, jirannya bukan sahaja kemas meja dan kerusi, malah siap tolong bungkus lauk lagi.
Orang berbudi kita berbahasa
Dia juga berkongsi mengenai sifat keikhlasan jirannya sejak mereka mula berpindah ke kawasan tersebut.
Selalu ucap good morning
Ucapan good morning merupakan detik permulaan keluarganya menegur jiran-jiran di kawasan perumahan mereka.
I know my neighbour very well
Dia juga berharap, netizen tidak membuat plot twist berkaitan threadnya kerana dia amat mengenali jiran-jirannya itu. Baginya, tidak ada sebarang masalah pun untuknya berkawan dengan bangsa lain kerana semua bangsa adalah sama.
Sumber: Izzaty Masmudin