Ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Baru-baru ini, tular satu kisah mengenai seorang remaja perempuan berusia 18 tahun disunting pasangannya sebaik selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa hari lalu.
Kahwin lepas SPM
Kisah Zetty Aziz dikongsi seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok. Menerusi video tersebut memaparkan Zetty berpakaian seragam sekolah sebelum bertukar pakaian raja sehari dalam majlis ijab kabul yang berlangsung pada 16 Mac lalu.
Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap gadis ini kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga meskipun usianya masih muda. Tidak kurang juga ada netizen yang ‘cemburu’ kerana mereka masih belum bertemu jodoh sedangkan usia sudah mencecah 30-an.
Video
Tahniah dik
Sumber: Harry Zulhairi, Nur Syakila