berita

Habis Terbakar Cover Set Motor Kena Bunga Api..

May 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan setiap kali memasuki musim perayaan, kanak-kanak sudah pastinya ternanti-nanti untuk bermain bunga api yang menjadi simbolik bagi mana-mana perayaan. Apa yang lebih mengujakan, apabila melihat reaksi anak-anak kecil ini yang begitu teruja dan gembira bermain bunga api ini bersama rakan-rakan yang lain.

Bagaimanapun, menerusi satu posting yang dikongsi seorang bapa dikenali sebagai Razwan Ruslan di laman Facebook, berkongsi khabar duka apabila motosikalnya menjadi ‘mangsa’ anak-anak bermain bunga api.

Motosikal ayah jadi mangsa

Foto: Razwan Ruslan

Menerusi dua keping foto yang dikongsi, dapat dilihat keadaan motosikalnya yang berlubang di bahagian sisi berikutan terkena percikan api daripada bunga api yang dimain oleh anak-anaknya. Ujar lelaki ini, kejadian tersebut hanya disedari olehnya selepas terbau bau hangit di luar rumah namun semuanya sudah terlambat!

Peristiwa pagi ni, anak nak main bunga api. Sekali terbau bau hangit. Tengok kat luar moto dah berasap.

Selamba diorang bakar moto den. Siapa ade set Repsol minta pm den please.

Pada masa yang sama, dia sempat berjenaka mencari ‘cover set’ baru bagi menggantikannya. Sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membenarkan penjualan 36 jenis bunga api bersempena sambutan Aidilfitri kali ini, namun para peniaga perlu patuh akan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PDRM.

Respon netizen

Sumber: Razwan Ruslan

SKIP THIS AD ×