berita

‘Habislah Aku’ – Ditegur SPAD Memandu Uber Tanpa Permit, Ini Respon Lucu Aeril Zafrel

September 27th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sering memuatnaik gambar beserta kapsyen lucu di media sosial, Aeril Zafrel merupakan salah seorang artis tempatan yang aktif berinteraksi bersama peminat. Selain gambar dan video romantis bersama isteri tercinta, Aeril Zafrel juga sering merakam aksi comel anaknya itu.

Baru-baru ini, Aeril ada memuatnaik gambar berada di dalam kereta dengan kapsyen ‘Need uber? Call me’. Walaubagaimanapun, statusnya itu mendapat ‘teguran’ daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan ini respon lucu Aeril.

Tindakan boleh diambil – SPAD

SPAD memberi amaran kepada Aeril, tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit.

Respon lucu Aeril

Haaa ayoooo tak tahu…Haha habisla aku

Di instagram, Aeril memberi respon lucu berikutan amaran yang diterimanya dari SPAD. Di twitter, dia juga ada mengemaskini tweet memerli orang yang terlalu serius dengan tweetnya sebelum ini sehingga melaporkan kepada SPAD. Mungkin dia hanya bergurau dengan pengikutnya di twitter, namun gurauannya diambil serius oleh sesetengah pihak.

Jika betul Aeril ingin memandu Uber, dia pasti akan mendaftarkan kenderaannya dan dapatkan permit sah, betul tak? Kalaulah driver uber handsome macam ini, memang tak turunlah penumpang dari kereta!

sumber : Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×