berita

Hadapi Masalah Kewangan, Lelaki Pilih Berumah Di Atas Pokok

January 11th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi, seorang lelaki yang berasal dari Thailand membuat keputusan untuk menetap di atas pokok selama tiga tahun tanpa menerima sebarang bantuan yang ditawarkan.

Artikel Berkaitan: Viral Pelajar Bermalam Atas Pokok Untuk Internet, SKMM Akan Bina Menara Telekomunikasi

Tiga tahun menetap atas pokok

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Charlie itu membina sebuah tempat ringkas di atas pokok tiga tahun lalu dengan mengikat kepingan kayu menggunakan tali menjadi lantai dan kepingan plastik sebagai bumbung.

Saya pernah bekerja di Bangkok dan ketika itu saya mampu menyara diri dan keluarga. Namun, disebabkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19, saya terpaksa berpindah ke tempat asal, Khon Kaen.

Selepas gagal untuk bertahan, saya berpindah ke Udon Thani untuk mencari pekerjaan baru.

Menurutnya, pelbagai jenis pekerjaan telah dibuat untuk menampung bil-bil yang perlu dibayar namun, tidak berjaya. Setelah itu, Charlie membuat keputusan untuk melangsaikan segala hutangnya dan tinggal di atas pokok yang berada pada ketinggian 10 meter dari atas tanah. 

Tak mahu bebankan sesiapa

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana kisahnya yang tular di Thailand, Pegawai dari Pusat Perlindungan bagi Kemiskinan dan Pembangunan Sosial dan Kementerian Keselamatan Manusia melawat lelaki itu dengan menawarkan kemudahan untuknya seperti penginapan percuma. 

Namun, lelaki berusia 38 tahun itu menolak dan berkeras untuk menetap di atas pokok sehingga dirinya mendapatkan kerja tetap.

Difahamkan, rumah pokok itu adalah tempat yang selasa buat dirinya dan hanya akan berpindah jika pemilik tanah memintanya untuk berbuat demikian.

Saya hanya mahukan pekerjaan. Saya ingin hidup sendiri tanpa menyusahkan kerajaan mahupun orang lain.

Sumber: The Thaiger 

SKIP THIS AD ×