berita

Hadiah Dari Tuhan Pamer Realiti Sebenar Berdepan Covid-19, Bakal Ditayangkan Di TV3 Rabu Ini

December 29th, 2020 | by Shahira
Shout Out!

Masa yang dinantikan telah pun tiba! Khas buat penggemar drama tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama terbaru di slot Lestary di TV3 bermula 30 Disember ini yang bertajuk Hadiah Dari Tuhan.

Hadiah Dari Tuhan

Drama bersiri Hadiah Dari Tuhan ini akan ditayangkan pada hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam hanya di TV3. Hadiah Dari Tuhan dibintangi oleh Syafi Tee, Riena Diana, Puteri Rafasya, Sophia AlBarakbah, Amy Mastura, Fezrul Khan dan ramai lagi. Ianya mengisahkan tentang realiti kehidupan 3 remaja ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Drama yang diarahkan oleh Fairuz Loy ini menyajikan jalan cerita yang luar biasa dan pastinya sarat dengan emosi. Ketiga-tiga remaja iaitu Qul (Syafi Tee), Ika (Riena Diana) dan Bella (Sophia AlBarakbah) dilahirkan dari keluarga yang berbeza status. Namun, disebabkan wabak Covid-19, mereka terpaksa menempuh pelbagai ujian dan rintangan demi kelangsungan hidup.

Ada di antara mereka yang telah kematian ibu bapa, ibu bapa sudah bercerai malah ada yang kurang mendapat kasih sayang dari keluarga dan sebagainya. Memang boleh dikatakan drama ini bertemakan ‘kekeluargaan’.

Realiti sebenar frontliners

Apa yang menariknya, drama 13 episod ini turut mengetengahkan realiti sebenar frontliners mengharungi kehidupan yang ‘memenatkan’ sepanjang pandemik Covid-19. Jadi, setiap penonton yang menonton drama ini pasti akan merasai ‘kepayahan’ petugas barisan hadapan malah akan lebih menghargai jasa mereka.

Untuk pengetahuan korang, drama Hadiah Dari Tuhan ini pastinya membawa pelbagai maksud tersurat dan tersirat yang sememangnya mampu memberi pengajaran kepada para penonton. Drama ini juga sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Jadi jangan lupa janji temu kita di kaca televisyen pada 30 Disember ini jam 9 malam ye!

Sumber: Drama Sangat Official, TV3 Malaysia

SKIP THIS AD ×