Sekadar gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami kecederaan selepas ditumbuk, ditendang di bahagian belaakang dan hampir dilibas dengan parang oleh bapa kandungnya di Kampung Perah, Gerik pada Ahad.
Dilibas, ditumbung, ditendang
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, penahanan suspek dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu saudara mangsa. Siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 37 tahun bertindak masuk ke rumah wanita (ibu saudara mangsa) dan terus menyerang kanak-kanak itu.
Difahamkan, wanita itu membawa mangsa ke rumahnya sehari sebelum kejadian untuk menyambut hari lahir kanak-kanak terbabit.
Mangsa bermalam di rumah ibu saudaranya itu dan akan dihantar pulang lewat petang keesokan harinya (hari kejadian).
Bagaimanapun pada hari kejadian bapa kandung kanak-kanak itu (suspek) datang ke rumah wanita berkenaan lokasi kejadian berlaku.
Susulan daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada tisu lembut pada bahagian belakang badan dan paha. Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Harian Metro