berita

Hadiah Hari Lahir Paling Istimewa Syatilla Melvin Buat Shaheizy Sam

September 4th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Selepas berita keguguran Syatilla Melvin pada sebulan lalu, Shaheizy Sam, pelakon juga merangkap suami Syatilla menganggap berita tentang kehamilannya sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Artikel berkaitan: Cheq Insaf Teruih Tengok Kek Birthday Ni…

Menurut Berita Harian, Syatilla membuat kejutan dengan menunjukkan ujian kehamilan kepada Sam semalam.

Teruja dengan hadiah tersebut

Pelakon terbabit juga turut teruja dan tidak menyangkakan rezeki awal yang diberikan oleh tuhan.

Kami pun tidak menyangka bakal diberikan rezeki awal untuk menimang anak kedua. Mungkin ada hikmah di sebalik anugerah ini

Semalam, pada awal pagi, Syatilla menunjukkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif. Kemudian, dia keluarkan pula imej imbasan kandungannya. Sudah tentu saya teruja

Minta peminat doakan kehamilan Syatilla selamat

Selebriti tersebut juga menyifatkan kehamilan Syatilla kali ini menghadapi situasi yang sama sebelum isterinya itu mengandungkan Syeriv Samheizy, anak sulung mereka.

Sebelum Syatilla mengandungkan Syeriv, situasi sama berlaku apabila dia turut mengalami keguguran. Apapun, saya berharap isteri tidak terlalu aktif dan lebih berhati-hati agar kandungannya selamat

Pasangan tersebut telah menyambut ulang tahun kelahiran Sam yang ke-36, pada hari ini dengan sebuah kek yang mencuri perhatian netizen.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×