Merokok merupakan salah satu tabiat dan gaya hidup yang tidak sihat buat diri perokok dan orang sekeliling. Walaupun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang menjadikan tabiat menghisap rokok ini sebagai rutin harian mereka. Ketagihan terhadap nikotin merupakan salah satu punca mengapa seseorang perokok itu sukar untuk berhenti merokok.
Namun lain pula ceritanya apabila seorang perokok tegar yang sanggup berhenti rokok sebagai hadiah sempena hari jadi anaknya.
‘This is the last one’
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter, Mohamad Hafiz nekad dengan keputusannya untuk berhenti rokok sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang setahun.
Sebelum ini, dia juga pernah berazam untuk berhenti rokok demi ibu bapa serta isterinya namun cubaa itu gagal direalisasikan olehnya.
‘Tiada yang mustahil hidup tanpa rokok’
Tidak kurang juga pengguna Twitter yang turut berkongsi pengalaman tentang usaha mereka dan ahli keluarga dalam membuang tabiat ketagihan merokok. Ada juga diantara mereka yang telah berjaya dan ada juga tewas.
Semangat oleh netizen
Malah ada juga yang kagum dan terharu dengan tindakan dan pengorbanan lelaki ini. Rata-rata netizen mendoakan agar lelaki ini berjaya dan terus kuat dalam usahanya untuk membuang tabiat merokok demi anaknya.
Sumber: Mohamad Hafiz