berita

‘Hadiah Paling Bermakna Buat Saya’ – Sempena Hari Jadi, Siti Nurhaliza Umum Bakal Dapat Seorang Puteri

January 11th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pada bulan Oktober lalu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza akhirnya telah mengumumkan dirinya sedang hamil 4 bulan setelah penantian selama 11 tahun. Berita gembira itu disahkan oleh Siti sendiri dalam satu majlis bersama media di rumahnya. Ramai yang turut gembira dan tidak sabar menanti kelahiran bayi tersebut.

Sempena hari jadinya yang ke-39 hari ini, Siti mengesahkan bakal melahirkan bayi perempuan pada bulan Mac. Tahniah!

Hadiah yang paling bermakna

Hi Assalamualaikum, pertama sekali Siti nak berterima kasih kepada semua yang mengucapkan hari lahir buat saya.  Saya sangat berterima kasih dan doakan semuanya selamat. Alhamdulilah, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan Insyaallah pada bulan Mac nanti.

Doakan agar semuanya sempurna. Nak kongsikan dengan anda semua sempena hari jadi Siti, insyallah apa yang kami nanti-nantikan rezeki cahaya mata kali ini doktor mengesahkan bahawa kandungan Siti seorang puteri. Doakan puteri kami sihat sempurna dan menjadi anak yang solehah. Insyaallah terima kasih semua. 

Netizen ucap tahniah

Alhamdulilah beribu tahniah kami ucapkan buat Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan suami. Semoga semuanya berjalan dengan lancar! Tak sabar nak tengok Siti Nurhaliza Jr yang comel tu.

Sumber : ig Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×