berita

‘Hadiah Paling Bermakna’ – Ibu Syukur Anak Sedar Daripada Koma Selepas Bertembung Sebuah Bas Di Manchester

January 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Manchester, England, dikenali sebagai Nur Izzah Mohd Shokri, telah terlibat dengan satu kemalangan di Wilmslow Road, Rusholme pada 28 Disember yang lalu. Susulan daripada kemalangan tersebut, mangsa yang berusia 20 tahun itu dilaporkan kritikal dan berada dalam keadaan koma. 

Artikel berkaitan: Pelajar Malaysia Di Manchester Kritikal, Terlibat Kemalangan Basikal Dengan Bas

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, ibu kepada Nur Izzah iaitu Hamidah, meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu sudah mula sedarkan diri dan memanggil dirinya sebagai ‘ibu’.

Kejutan paling bermakna

Doa saya dimakbulkan. Kebetulan hari ini (semalam) hari lahir saya. Saya ada beritahu keluarga, saya berharap Nur Izzah sedar pada hari kelahiran saya. Ini akan menjadi hadiah paling bermakna dan Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur. Sebelum ini saya tertanya-tanya bilakah akan dapat peluang untuk memeluk dan mendengar suara anak perempuan saya.

Menurut Hamidah, dia dan suami berkomunikasi dengan Nur Izzah melalui aplikasi Facetime setiap hari, sejak mereka tiba di Manchester pada 30 Disember lalu iaitu dua hari selepas Nur Izzah kemalangan. Jelas Hamidah, pada mulanya anak mereka kelihatan keliru, tetapi apabila mendengar suara dan melihat kami menerusi Facetime dia terus memanggil ibu dan ayah.

Kenal adik beradik juga

Menurut Mohd Shokri iaitu bapa kepada Nur Izzah, anaknya juga sudah mula meminta air selain memaklumkan kepada jururawat yang dia mahu ke tandas sendiri. Lebih gembira, Nur Izzah turut mengenali kesemua adik beradiknya dan rakan serumah yang merinduinya. Shokri turut memaklumkan bahawa anaknya mahu pulang ke rumah.

Terdahulu, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan itu tidak lagi koma selepas menjalani pembedahan kedua pada 5 Januari lalu, bagi mengurangkan tekanan pada otaknya. Nur Izzah yang mengalami kecederaan serius pada otak dan paru-paru selepas bertembung sebuah bas ketika berbasikal di Wilmslow Road, turut mengalami peningkatan suhu badan dan sawan yang mendorong kepada pembedahan kedua.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×