berita

‘Hadiah Terindah Adalah Nurmajdina Terima Awak Seadanya’ – Abang Tesla Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Isteri Kedua

September 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Abang Tesla

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pempengaruh kontroversi yang sinonim dengan konten kereta yang dikenali sebagai Abang Tesla sekali lagi menyorot perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Jadi Inspirasi’ – Netizen Dah Tak Kecam Abang Tesla, Gembira Lihat Bahagia Bersama 2 Isteri Di Makkah

Artikel Berkaitan: Abang Tesla Akhirnya Dedah Wajah Isteri Kedua, Netizen Kata – ‘Biasa Je, Bini Pertama Lagi Cantik’

Birthday isteri ke-2

Abang Tesla

Menerusi perkongsian tersebut, Abang Tesla menitipkan ucapan istimewa kepada isteri keduanya, Nur Syafiqah bersempena ulang tahun kelahiran wanita tersebut.

Menurut Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Itizam, hadiah terindah yang diterima Nur Syafiqah adalah apabila isteri pertamanya Nurmajdina menerimanya dengan seadanya.

Happy birthday Nur Syafiqah. Saya tiada hadiah nak bagi, tapi hadiah terindah adalah Nurmajdina (isteri pertama) yang boleh terima awak seadanya.

Dalam masa sama, Abang Tesla mendoakan Nur Syafiqah menjadi isteri yang taat pada perintah Allah dan suami.

Semoga menjadi isteri yang taat kepada Allah dan taat kepada suamimu. Insya-Allah, Allah permudahkan urusan kita semua, amiin.

Pada hantaran sama, Abang Tesla turut memuat naik foto dia bersama Nur Sayfiqah dengan berlatar belakang Masjidil Haram.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan ucapan ulang tahun dan mendoakan kebahagian buat keluarga Abang Tesla.

Terdahulu, Abang Tesla memaklumkan dia dan dua isterinya terbang ke Turkiye untuk bercuti sebelum mereka berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah Umrah.

Untuk info, pada 20 Ogos lalu, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.

Menurut pempengaruh itu, pernikahan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina dan akui reda.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×