berita

Hadir Ke Mahkamah Cuma Bawa ‘Beg Ayam’, Bila Check Harga Rupanya Bukan Biasa-Biasa….

July 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah selepas didakwa terlibat dalam kes rasuah projek solar hibrid di Sarawak bersama Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin. Namun yang menjadi tumpuan netizen adalah beg tote ayam yang dipakai oleh Rosmah Mansor ketika menghadiri sesi perbicaraan tersebut. Sempoi pula tengok.

Memang sempoi

Rosmah dilihat tenang hadir ke mahkamah berbaju kurung merah bersama pembantu dan peguamnya. Beliau dilihat tidak menjinjit sebarang beg mewah dan mahal sepanjang tiba di pekarangan mahkamah. Malah, beg tote berwarna nude mempunyai illustrasi ayam dipercayai milik Rosmah dijinjit oleh salah seorang pembantunya.

Beg tersebut menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya tidak sangka bekas isteri Perdana Menteri sangat sempoi dengan hanya menggayakan beg kanvas kitar semula tersebut.

Koleksi dari pereka terkenal

Difahamkan beg tersebut merupakan keluaran dari pasaraya terkenal di ibu kota sekitar tahun 2012. Malah, beg yang bersifat mesra alam semulajadi itu tertera mesej ‘Ayam Not A Plastic Bag’. Mengimbas semula, mesej tersebut bersempena tribut kepada jenama beg antarabangsa Anya Hindmarch yang pernah menghasilkan koleksi beg kanvas kitar semula sekitar 2007 dengan mesej sama ‘I’m Not A Plastic Bag’.

Dijual sehingga ke Indonesia

Walaupun dilihat hanya sebagai sebuah bag kanvas yang sering dipakai untuk membawa barang runcit, namun beg ini boleh kelihatan mewah jika sesuai dengan si pemakai. Lihat sahaja beberapa artis antarabangsa pernah menggayakan beg kanvas murah begini tapi tampak mahal dan eksklusif.

Anya Hindmarch merupakan antara salah seorang pereka beg british yang terkenal dengan kreativiti, ketukangan, peribadi dan humor. Tak hairanlah kalau beg ‘ayam’ ini dipakai sendiri oleh Rosmah Mansor.

Sebalik kisah beg I’m Not A Plastic Bag’

Tote ‘I’m Not A Plastic Bag’ ini direka oleh Anya pada tahun 2007 sebagai sebahagian daripada projek kolaborasi dengan Antidote dan gerakan perubahan sosial global ‘We Are What We Do’ (sekarang dikenali sebagai Shift). Bayangkan beribu-ribu orang beratur untuk membeli tote dari pasaraya Sainsburys, (80k di hari pertama pelancaran) projek ini mendapat liputan akhbar besar di seluruh dunia. Malah sekaligus dapat memberikan kesedaran orang ramai mengenai plastik dan keputusan menukarkan beg plastik kepada tote bag berkuat kuasa di UK.

Selepas kempen tersebut berjaya, pasaraya Sinsburys dapat mengurangkan jumlah beg plastik sebanyak 58% dalam dua tahun dan mampu menjimatkan sehingga 13.200 tan plastik. Fuh hebat betul kempen mereka ini!

Sumber : Anya, Pinterest

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×