berita

Hael Husaini Jadi Juri Jemputan Separuh Akhir LCK3, Achik & Maria Kembali Beraksi Atas Undian ‘Wild Card’

December 17th, 2021 | by Hariz
Kini Trending

Episod seterusnya Lagu Cinta Kita 3 bakal dimeriahkan dengan Hael Husaini sebagai juri jemputan, dan Wany Hasrita sebagai panel cinta. Selepas tiada penyingkiran diumumkan episod lepas, Lagu Cinta Kita 3 akan menyaksikan 5 pasangan peserta berentap termasuk Achik & Maria yang kembali beraksi dengan ‘Wild Card’.

Achik & Maria menang undi ‘Wild Card’

Selepas tiada penyingkiran diumumkan pada episod lepas, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga bakal menyaksikan 4 pasangan peserta meneruskan perjalanan mereka dan berentap dengan Achik & Maria, pasangan duet yang kembali beraksi selepas berjaya memperoleh jumlah undian tertinggi dalam ‘Wild Card’.

Episod lepas Lagu Cinta Kita Musim Ketiga menyaksikan Pasya & Puteri menduduki tangga paling atas dan diumumkan sebagai Pasangan Terbaik NIVEA. Mereka membawa pulang hamper barangan NIVEA masing-masing.

Episod seterusnya telah menetapkan ‘Cinta OST’ sebagai tema persembahan yang akan dimeriahkan dengan kehadiran Hael Husaini sebagai juri jemputan, dan Wany Hasrita sebagai panel cinta yang juga merupakan artis persembahan dengan Tajul pada malam itu.

Sudah 6 episod berentap di pentas Lagu Cinta Kita dan pelbagai cadangan, teguran, nasihat dan kritikan yang telah diberikan oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Apakah persediaan dan strategi yang akan disusun oleh semua peserta di pusingan separuh akhir nanti?

Bersediakah mereka berhadapan dengan debaran yang semakin memuncak untuk merebut tiket ke pusingan akhir? Saksikan siaran langsung Lagu Cinta Kita 3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Boleh terus strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

SKIP THIS AD ×