Selepas berhasil mengeluarkan karya yang berharga, penyanyi Hael Husaini berkongsi caranya untuk menentukan sesebuah lagu mempunyai kualiti di platform X.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini ‘Berhenti’ Bertanding Di AJL Sebagai Penyanyi, Mahu Fokus Hasilkan Lagu Untuk Artis Luar & Tempatan
Artikel Berkaitan: #AJL39: Hael Husaini Anggap Kejayaan Bersama Kalau Nadeera Zaini Jadi Juara – ‘Dia Kongsi Rezeki Besar Dengan Saya’
Tanya pendapat senior
Menerusi satu ciapan di platform X, pemilik nama Hal Husaini Razmi itu berkata selepas mencipta lagu, dia akan membuat satu sesi bersama para senior untuk bertanya pendapat mereka.
Biasanya, untuk keluaran lagu dan katalog tertentu, saya akan buat beberapa sesi pra-mendengar peribadi dengan orang-orang berpengalaman dalam industri muzik dan hiburan terutamanya golongan senior.
Kalau lagu itu diterbitkan, maksudnya saya dapat kelulusan dari mereka, jadi saya sebagai komposer tidak jadi syok sendiri.
Soalan itu dijawab selepas pelantun lagu Diam itu membuka sesi soal jawab di platform tersebut.
‘Tak dapat kelulusan, lagu tak terbit’
Sementara itu, penyanyi berusia 38 tahun itu juga memaklumkan banyak koleksi lagu yang tidak diterbitkan kerana tidak mendapat kelulusan.
Mengulas lanjut, Hael berkata untuk mencipta lagu dia perlu tahu siapa penyanyi yang bertanggungjawab kemudian mencari melodi yang sesuai untuknya.
Kena tahu siapa penyanyi, selepas itu melodi, lirik lagu dan akhir sekali baru cari tajuk.
Sumber: X