berita

Hafal 5 Surah Al-Quran Guna Bahasa Isyarat, Video Lelaki OKU Ini Berjaya Tarik Perhatian

March 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pernikahan sememangnya antara tuntutan dalam Islam. Namun, pernah tak anda melihat pernikahan orang kurang upaya yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan?

Kisah ini buat kami kagum apabila lelaki kurang upaya ini berjaya menghafal lima surah menggunakan bahasa isyarat sebelum hari pernikahan. Video yang berdurasi lebih 2 minit itu mendapat perhatian lebih 10 ribu kali tontonan.

Berjaya menghafal surah

https://www.youtube.com/watch?v=zjY2u0Fvfmk

Alhamdulillah, saya berjaya menghafal surah berkenaan menggunakan bahasa isyarat dalam tempoh tiga bulan dengan bantuan seorang ustazah.

Pada majlis itu, Hawari mempersembahkan bacaan lima surah iaitu al-Fatihah, tiga Qul dan al-Asr menggunakan bahasa isyarat, sebelum dinikahkan bapa angkat Safiyyah, Norakyairee Mohd Raus.

Kenal sejak 16 tahun

Saya akan terus belajar mendekatkan diri dengan al-Quran dan menghafal lebih banyak ayat-ayat suci serta mengembangkan lagi teknik hafalan yang berkesan untuk golongan seperti saya. Semoga ianya membawa keberkatan dan keredhaan Allah.

Hawari berkata, dia mula mengenali Safiyyah sejak berusia 16 tahun ketika sama-sama bersekolah di sekolah pendidikan khas tetapi hubungan itu sekadar rakan sekolah.

Perkahwinan berjalan lancar

Kami bertemu semula kira-kira tujuh tahun lalu, sebelum berkawan secara serius. Kami membuat keputusan untuk berkahwin selepas mengikat pertunangan, pada tahun lalu.

Saya bersyukur majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar. Semuanya berkat bantuan keluarga, rakan dan Yayasan Pendidikan al-Quran Anak Istimewa (Yayasan Faqeh).

Video majlis pernikahan pasangan istimewa itu menjadi tular di laman sosial Facebook sejak semalam, dengan mendapat tontonan dan disukai lebih 10,000 kali.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×