

Pelakon Hafeez Mikail memilih untuk menjaga privasi keluarga sehabis baik agar dilindungi daripada penyakit ain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Istilah Penyakit Ain, Memang Mahu Jaga Hati Kawan-Kawan’ – Sufi Rashid
Artikel Berkaitan: ‘Penyakit Ain Scary Tapi Penyakit Bod** & Nak Attention Lagi Scary..’ – Ben Amir
Seronok jadi ayah

Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz atau nama lengkapnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, meluahkan rasa teruja setelah tujuh bulan bergelar seorang ayah kepada puteri sulungnya, Dahlia Ayesha.
Menurutnya, membawa figura seorang suami dan ayah adalah impian yang sudah lama disimpan pelakon berusia 32 tahun itu.
Sangat seronok jadi ayah.
Ini adalah anak pertama saya, dia sangat manja.
Tiada apa untuk mengeluh, saya sangat bersyukur.
Banyak saya tumpang rezeki anak.
Hafeez berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.
Penyakit ain

Berkongsi lebih lanjut, Hafeez belum bersedia untuk memuat naik sebarang gambar anaknya kerana takut dengan penyakit ain.
Tambahnya, pengalaman dari rakan sendiri membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar keluarga di media sosial.
Saya percaya dan dalam Al-quran pun ada tulis tentang penyakit ain.
Walaupun kita rasa anak kita comel, akan ada orang yang tak senang dengan hal itu.
Dia masih kecil, jadi saya rasa belum masanya lagi.
Kalau dah besar sikit, Insya-Allah saya kongsi.
Tambahnya lagi, dia tidak menghalang untuk anaknya berkecimpung dalam industri hiburan kelak selagi tidak mendatangkan keburukan kepada mana-mana pihak.




![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)

