Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Kes Hafidz Roshdi Didakwa Pukul Bekas Isteri Ditarik Balik, Mahkamah Tetap Sebutan Semula Pada 13 Ogos Ini
Ada sedikit keliruan di sisni
Memetik laporan BH Online, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz Roshdi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.
Menurut Akberdin, pihaknya terkejut mendapat arahan kes diteruskan dengan perbicaraan.
Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.
Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.
Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.
Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?
Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat.
Tambah Akberdin, pada tarikh itu juga akan dimaklumkan keputusan kepada representasi yang dibuat.
Katanya lagi, ia adalah tugasnya untuk menulis dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai dan semua isu diselesaikan secara baik.
Jadi, ia tidak adil kepada klien saya untuk teruskan. Memang Nurul Shuhada sudah cakap pada polis bahawa dia memang nak tarik balik, tiada paksaan dan ugutan.
Bagaimanapun, Hafidz enggan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh pihak media.
No comment (tiada komen).
Ditanya mengapa Nurul Shuhada memilih menarik balik laporan polis, Akberdin menjawab ia atas persetujuan bersama dan bersifat peribadi.
Memang persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak sudah setuju untuk menyatakan ia sebagai ‘private and confidential’, jadi sebab itulah mungkin Hafidz tidak mahu kongsi kepada orang lain.
Apa yang penting, laporan penarikan memang sudah dibuat pada 6 Julai lalu. Pihak polis sudah lakukan siasatan tambahan, panggil semula Nurul Shuhada.
Difahamkan, Nurul Shuhada tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini, dipercayai kini berada di Australia.
Sumber: BH Online