berita

Hafidz Roshdi Lafaz Cerai Terhadap Isteri Tanpa Niat?

March 2nd, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon Hafidz Roshdi didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.

Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri

Artikel Berkaitan: Tulis Kat Bio IG ‘HR’, Wanita Didakwa Bekas ‘Girlfriend’ Hafidz Roshdi Titip Pesanan – ‘Kita Tutup Aib Orang …’

Minta mahkamah teliti semula

Memerik laporan Harian Metro, Hafidz dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, pada Isnin.

Menurut sumber, Hafidz, 29, memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat. Justeru, dia memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.

Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.

Jadi dia memohon mahkamah untuk meniliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, satu tarikh baharu bakal ditetapkan mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai membabitkan pasangan itu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain yang bernama Athira Yuhada.

Athira Yuhada juga mengakui pernah berhubungan dengan aktor terbabit namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×