Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil berkongsi keadaan terkini kedua-dua anaknya di Australia.
Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Hijrah Ke Australia, Mahu Buka Lembaran Baru Bersama Anak-Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Datang Dengan Semangat & Harap Diberi Keadilan Sebagai Mangsa’ – Nurul Shuhada
Sihat je
Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri terpanggil untuk berkongsi selepas bekas suaminya, Hafidz mendedahkan tidak menerima sebarang maklumat terkini mengenai anak-anak.
Difahamkan, hantaran yang dikongsi Shuhada di Instagram Story (IGs), dibuat oleh orang terdekat yang berada di Australia.
Ada orang rindu Umar dan Humairah ke?
Sihat je mereka berdua di Australia ni.
Menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan persekitaran yang positif bersama orang yang menyayangi mereka berdua dengan ikhlas.
Hafidz rindu anak-anak
Sebelum ini, Hafidz menyatakan perasaan rindu untuk bertemu dengan anak-anaknya selepas lebih setahun tidak berjumpa dengan mereka.
Kata Hafidz, kali terakhir mereka berhubung adalah sebelum Shuhada dan anak-anaknya pindah ke luar negara melalui panggilan video.
Untuk rekod, bekas pasangan itu telah bercerai talak satu pada 27 Julai 2024.
Sumber: Instagram Nurul Shuhada