berita

Hafiz Hamidun Terdesak Cari Calon Isteri?

January 27th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-6

Anda semua pasti sudah mendengar single terbaru berjudul ‘Jodoh Berdua’ daripada jejaka kacak ini bukan? Muzik video daripada Hafiz Hamidun itu telah dirakamkan di Pulau Lombok, Indonesia pada bulan November tahun lalu.

Bagaikan seiring dengan impiannya yang teringin mendirikan rumahtangga, magis lagu yang membawa mesej keindahan perkahwinan itu telah memberikan impak apabila telah ditonton lebih 200,000 kali setelah tiga minggu dimuatnaik ke laman Youtube.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditemubual di sidang media pelancaran single dan muzik video tersebut, Hafiz yang dikatakan telah melamar seorang selebriti wanita bertudung ini mengakui bahawa dirinya kini sudah sampai ke satu fasa untuk menamatkan zaman bujangnya.

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-10

Lagu ‘Jodoh Berdua’ adalah single pop pertama Hafiz Hamidum

“Lagu ini sememangnya satu luahan perasaan saya. Perkara yang saya bayangkan kalau saya berkahwin dan itulah yang saya nak sampaikan. Saya masukkan juga elemen-elemen keislaman dalam lagu ini, perkahwinan pun semestinya berkait rapat dengan unsur keislaman. Oleh itu, ada perkataan Islamik yang saya ambil dalam lirik.”

Menyatakan bahawa dirinya tidak pernah jemu dalam usaha mencari jodoh, Hafiz turut berkata bahawa dirinya sedia menerima jodoh yang telah Allah SWT tetapkan untuknya walaupun bukan daripada kalangan selebriti.

“Saya sudah mula berkarya semenjak 18 tahun, tapi saya ini tak ramai kawan. Saya dah mula rasa bosan dan sunyi hidup bujang.

Adalah saya kawan dengan beberapa orang wanita. Tapi ada sahaja halangannya. Saya sekarang hanya mahu cari yang boleh terima saya seadanya dan memahami kerjaya saya. Yang i love u and u love me too.”

Hafiz turut menambah bahawa dalam soal jodoh, ianya juga harus bergantung kepada dua belah pihak dan dia menerima sebarang keputusan yang dilakukan oleh pihak tersebut mengenai perkara ini.

“Dalam bab ini, saya hanya berhak 50% sahaja. Selebihnya adalah daripada sebelah pihak lagi. Tidak kisahlah sesiapun. Boleh bercinta selepas kahwin. Tapi kalau orang tersebut menolak, saya hormati keputusannya.”

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-19Hafiz Hamidun di majlis pelancaran MV terbarunya

Tidak menafikan bahawa dirinya kini seperti terdesak untuk mencari pasangan hidup, Hafiz memberitahu bahawa dirinya tetap mengutamakan kerjaya untuk tahun 2014 apabila dia kini sedang sibuk dalam proses pembikinan album nasyid antarabangsanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz Hamidun bakal mengadakan ‘Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun’ pada 1 Februari ini bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.

Antara selebriti jemputan yang akan memeriahkan konsert ini ialah Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi dan PU Rahmat. Peminat yang mahu menonton konsert ini boleh terus mendapatkan tiket di pintu masuk pada hari yang sama.

Sebelum itu, apakata kita lihat muzik video ‘Jodoh Berdua’ ini. Enjoice.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×