
Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menerima kecaman daripada netizen susulan perkongsian terbaharunya di Threads.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Hargai Usaha Syafiqah Aina Uruskan Kedua Anak – ‘Benda Yang Awak Buat Itu Tak Mudah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Mereka Tahu Isteri Saya Hebat’ – Hafiz Mahamad Agih Bunga Ros Buat Pramugari
Dikecam

Menerusi perkongsian di Threads, Hafiz memuat naik sebuah surat penghargaan yang diberikan olehnya kepada keluarga stafnya.
Difahamkan, surat itu diberikan atas menghargai jasa staf yang selalu menunjukkan kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Menurut Hafiz, staf tersebut sentiasa bekerja lebih masa kerana perlu menyiapkan tugasan mereka sehingga pulang pada awal pagi.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah surat itu tidak mengikuti format surat rasmi yang sepatutnya.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen menyuarakan pandangan mereka dengan menyatakan sebagai sebuah syarikat yang telah lama beroperasi perkara asas seperti ini sepatutnya sudah dikuasai.
Malah ada juga yang mengkritik tindakan Hafiz kerana membiarkan staf bekerja sehingga lewat, sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk keluarga.
Sumber: Threads








