Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan isterinya, Syafiqah Aina dalam menguruskan keperluan anak-anak bersekolah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Mereka Tahu Isteri Saya Hebat’ – Hafiz Mahamad Agih Bunga Ros Buat Pramugari

Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Sindir Kesalahan Dengan Kerja Atau Usaha’ – Hafiz Mahamad Perjelas Sebab Tidak Buang Staf Perli Cik Epal

Terima kasih

@hafizmahamad

Masak, Hantar anak sekolah & tuisyen, layan suami. Semua tu bukan senang Aina. Awak tak perasan tapi abang tahu tak senang! Kita ucap terima kasih, tapi ini pula respon dia hehe

♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hafiz berterima kasih atas usaha Aina menjadi seorang isteri dan ibu yang terbaik.

Selain itu, Hafiz menyifatkan tugas seorang isteri di rumah adalah tidak mudah namun Aina jalaninya dengan hati terbuka.

Benda yang awak buat itu tak senang Aina.

Masak, hantar anak sekolah, tuisyen dan layan suami. Semua itu tak mudah.

Awak tak perasan tapi abang tahu tak mudah.

Kita ucap terima kasih, tapi ini pula respon dia.

Suami isteri hebat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Aina sebagai isteri hebat yang tidak mengeluh dalam melaksanakan tugas dalam rumah tangga. Selain itu, warganet turut memuji Hafiz yang sentiasa menghargai segala usaha isteri.

Sumber: TikTok @HafizMahamad