berita

Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Umrah Sebagai Tanda Balas Jasa Guru – ‘Malu, Saya Nakal Dulu’

May 16th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Peranan seorang guru adalah mendidik dan membentuk kualiti murid dari segala segi untuk menjadi insan yang berguna. Jasa guru itu tidaklah mampu dibalas jika dibandingkan pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Bersempena dengan hari guru, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad tampil memberi kejutan kepada bekas gurunya.

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Hafiz Mahamad Derma RM100,000 Kepada Baby Naail -‘Jutawan Berjaya Yang Selalu Gunakan Bisnes Untuk Bangunkan Orang Susah’

Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Labur RM300,000 Dekat 70 Staf, Bagi Ganjaran Sebulan Bonus & Cuti Sehari

Artikel Berkaitan: Belum Pulih Selepas Terkena Sihir, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan – ‘Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa’

Saya budak nakal

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hafiz memuat naik video dirinya kembali ke sekolah. Difahamkan, Hafiz tidak pernah datang ke sekolahnya itu setelah habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hafiz yang dihubungi gurunya itu bertindak mengosongkan jadual lalu bertemu kembali dengan individu yang pernah mengajar dirinya dahulu.

Malu saya cikgu, saya nakal dulu. Maaf jika ada buat cikgu kecewa dulu. Moga hari ini, budak nakal yang datang ni dapat buat cikgu happy.

Hari ini saya datang bukan untuk mengajar atau mendidik kerana saya tidak layak. Cikgu lah pendidik sebenar pada kami.

Dalam pada itu, Hafiz, 30, turut memberi hadiah tiket menunaikan Umrah sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda.

Kata Hafiz lagi, kehadirannya ke sekolah itu hanya untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk menghargai jasa insan yang memberi ilmu.

Sumber: Instagram @hafizmahamad

SKIP THIS AD ×