Teka-teka mengenai rumah tangga penyanyi, Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah akhirnya terjawab apabila mereka dikhabarkan dalam proses bercerai.
Artikel Berkaitan: Hafiz Mengaku Silap Tumbuk Muka Pengguna Jalan Raya, Sedang Jalani Tempoh ‘Bon’ – ‘Perlu Berkelakuan Baik Selama Enam Bulan’
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Hampir Tak Jayakan SFMM39, Tak Sanggup Tinggalkan Ibu Sedang Sakit Di Hospital – ‘Dia Kata Jangan Hampakan Peminat’
Hafiz, isteri dalam proses cerai
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hafiz atau nama lengkapnya, Mohd Hafiz Mohd. Suip, 34, menerusi satu temubual bersama Melodi.
Menurut pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini lagi, dia dan isteri juga masih berbincang tentang hak penjagaan anak sekiranya mereka ditakdirkan berpisah kelak.
Status kami sekarang masih suami isteri tapi tidak tinggal sebumbung sebab kami dalam proses bercerai. Kami juga sedang berunding untuk hak penjagaan anak-anak.
Tambah Hafiz lagi, dia juga mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya itu dengan baik tanpa campur tangan atau melibatkan mana-mana pihak.
Saya nak menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa gangguan mana-mana pihak. Alhamdulillah, sekarang semuanya berjalan dengan lancar cuma masih dalam proses mahkamah. Saya nak yang terbaik.
‘Saya kena terima kenyataan’
Sementara itu, Hafiz berkata meskipun berat untuk ditelan tetapi dia terpaksa menerima kenyataan mengenai keretakan hubungan rumah tangganya.
Dia juga mengakui bersedia untuk melepaskan isteri tersayang sekiranya sudah tiada persefahaman antara mereka.
Saya kena terima kenyataan, nak melepaskan memang susah tapi saya tak boleh pentingkan diri. Kami tidak menyalahkan antara satu sama lain tapi ambil apa yang berlaku ini sebagai ujian.
Kalau memang dah tak ada persefahaman, saya lepaskan dengan cara yang baik. Kita tak akan merumitkan keadaan dan membuatkan anak-anak jadi mangsa keadaan.
Dalam kesempatan itu, Hafiz meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
Kita ni manusia, saya cuba yang terbaik dan selainnya saya berserah.
Saya perlukan doa daripada peminat-peminat, saya faham mereka ambil berat dan sayangkan saya.
Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.
Sumber: Melodi