Haid merupakan salah satu tanda penting bagi kesihatan reproduktif wanita, namun kitarannya tidak selalu berlaku secara tetap.

Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Ringan! Risiko Tidur Dalam Kereta & Bahaya Karbon Monoksida

Artikel Berkaitan: ‘Sunscreen’ Atau ‘Sunblock’? Jangan Keliru! Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu

Disebabkan hormon

Perubahan ini sering dipengaruhi oleh fasa tertentu, terutamanya ketika haid mula dialami remaja apabila hormon belum stabil, dan juga semasa menopaus kerana penghasilan estrogen dan progesteron mula menurun.

Selain itu, kestabilan kitaran haid turut dipengaruhi oleh gaya hidup harian. Wanita yang duduk terlalu lama atau kurang melakukan aktiviti fizikal berdepan risiko yang lebih tinggi.

Hal ini kerana senaman dan pergerakan fizikal menyokong fungsi sistem biologi wanita secara menyeluruh dan membantu kelancaran kitaran haid.

Selain itu, kurang tidur boleh menjejaskan keseimbangan tubuh badan dan mempengaruhi emosi serta kesihatan hormon.

Justeru, mendapatkan tidur yang berkualiti dengan pendedahan cahaya matahari membantu mengawal ritma tidur dan penghasilan vitamin D, yang penting untuk kesihatan wanita serta kestabilan kitaran haid.

Tenangkan minda

Seterusnya, pengurusan stres turut penting kerana tekanan emosi yang berpanjangan boleh mengganggu fungsi tubuh dalam mengawal kitaran haid, seterusnya menyebabkan haid datang lambat.

Oleh itu, amalan yang membantu menenangkan minda seperti melakukan aktiviti santai, bersenam atau yoga amat digalakkan.

Pengambilan makanan yang seimbang berperanan dalam memastikan haid berlaku secara normal.

Makanan berkhasiat dan mempunyai protein mencukupi membantu menyokong sistem pembiakan wanita serta mengurangkan risiko gangguan kitaran haid.

Bahan semula jadi juga memainkan peranan penting dalam melegakan masalah dalaman. Contohnya seperti kunyit yang, bertindak sebagai antiradang untuk mengurangkan rasa sakit. Manakala halia sering digunakan sebagai penawar semula jadi bagi meredakan gejala senggugut.

Sumber: Hello Doktor