Pelakon Haidar Hasanudin tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dia memakai rantai salib seperti yang hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Diugut & Difitnah Mabuk Ketika Memandu, Haidar Hasanudin Ambil Tindakan Undang-Undang
Nafi pakai rantai salib
Menerusi posting di Instagram, Haidar menafikan bahawa dia memakai rantai salib. Ujar Haidar, rantai tersebut sebenarnya tersimpul sekaligus mengelirukan ramai pihak.
Saya nak beri penjelasan berkenaan beberapa soalan dibangkitkan netizen mengenai dakwaan saya memakai rantai lambang salib di Anugerah Podcast Syok 2023 yang berlangsung baru-baru ini.
Video yang dikongsikan di akaun TikTok Syok itu mengundang persoalan dan menimbulkan dakwaan kurang enak. Saya rasa perlu untuk saya memberikan penjelasan kepada semua kerana ia menyentuh soal sensitiviti agama.
Saya mahu tegaskan yang ia bukanlah rantai salib. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tidak pernah terfikir langsung mahu mengenakan rantai berlambang salib. Sebenarnya, ia merupakan cangkuk kepada pendant rantai yang saya gayakan. Rantai tu tersimpul di bahagian cangkuk terbabit, jadi ia kelihatan agak mengelirukan dalam video.
Tambah Haidar, dia ingin memohon maaf kepada semua pihak atas segala kekeliruan yang berlaku. Bukan itu sahaja, dia berharap penjelasan yang diberikan dapat menjernihkan keadaan.
Saya mengaku kekhilafan saya yang mungkin terlepas pandang dan saya sangat sesali perkara ini dan menjadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang.
Sumber: Haidar Hasanudin