berita

‘Hak Yusuf Bahrin Untuk Tidak Bersentuhan’ – Intan Najuwa

November 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Aktres Intan Najuwa menghormati kehendak pelakon gandingannya, Yusuf Bahrin yang enggan bersentuhan ketika menjayakan drama.

Artikel Berkaitan: Sering Bawa Isteri Ke Set Penggambaran, Yusuf Bahrin Nak Elak Perasaan Cemburu

Lebih berhati-hati

Ketika ditemui OhBulan!, Intan tidak menjadikan batasan pergaulan itu sebagai satu isu. Kata aktres berumur 25 tahun ini, dia menghormati status Yusuf sebagai suami kepada penyanyi Zizi Kirana.

Saya tiada masalah, itu hak dia untuk tidak bersentuhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati.

Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana.

Tambah pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, dia yakin tidak akan terpalit kontroversi dengan hero gandingannya memandangkan ini bukan drama cinta.

Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya.

Intan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Jesnita yang diadakan di TGV Sunway Velocity, baru-baru ini.

Risau salah borak

Dalam pada itu, ditanya sebab pelakon drama Tuan Danial memilih untuk mendiamkan diri apabila terjerumus dalam kontroversi.

Saya lebih suka diam saja, kalau melenting saya takut buat kesilapan atau cakap benda-benda yang buruk dan mengeruhkan keadaan.

Selalunya bila semua dah reda baru saya bercakap tentang itu. Saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam kehidupan saya.

Selain Intan, Jesnita turut dibarisi pelakon lain seperti Yusuf Bahrin, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone dan Fathia Latiff.

Drama 40 episod terbitan Zeel Production ini akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai 7 November 2022, di Astro Prima.

SKIP THIS AD ×