Sambutan hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memberi peluang kepada ketua keluarga untuk mengimamkan solat sunat Aidilfitri. Solat sunat ini tidak sukar dilakukan cuma ia mempunyai khutbah. Jika dirasakan sukar, tidak perlu untuk membaca khutbah, boleh terus solat sunat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan segelintir masyarakat yang menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan gurauan.
Sebaiknya tongkat sebenar
Di media sosial, orang ramai dilihat memuatnaik suasana sekitar bacaan khutbah di rumah. Wakil keluarga menggunakan pelbagai alatan untuk menggantikan tongkat khutbah dan perkara ini telah mendapat perhatian Dr Zulkifli.
Menurutnya, hal ehwal ibadah tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka. Ketua keluarga yang membaca khutbah sebaiknya menggunakan tongkat sebenar, jika tiada tongkat khatib dicadang meletakkan tangan kanan atas kiri atau melepaskan tangan tanpa menggerakkannya.
Jika tiada tongkat, letakkan tangan kanan atas kiri
Nasihat umum
Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri