Sekadar gambar hiasan
Gara-gara mahu menghalang isteri melarikan diri dengan kekasih gelap, seorang lelaki mengalami kecederaan akibat dilanggar kereta milik kekasih isterinya dalam satu kejadian pada Khamis.
Dah keluar rumah sejak 2 minggu lalu
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, mangsa memberitahu bahawa isterinya yang merupakan warga Vietnam telah keluar dari rumah sejak dua minggu lalu dengan alasan mahu bertemu dengan kakaknya.
Namun pada 21 oktober, mangsa memeriksa telefon bimbit isterinya ketika wanita itu datang ke salun yang diusahakan mereka. Mangsa mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, David selepas menemui perbualan mereka dalam satu aplikasi sembang.
Selepas mengetahui perkara ini saya ajak dia berbincang supaya kami bercerai dan selesaikan semua dokumen termasuk visa dan hal membabitkan salun kami.
Lelaki cedera dilanggar kereta kekasih isteri
Foto: Berita Harian
Lebih mengejutkan apabila, David yang turut berada di salun itu telah menghubungi gangster dan mengugut mangsa. Pada hari kejadian, mangsa dihubungi si isteri yang mengajaknya untuk membincangkan masalah mereka.
Sebaik tiba saya mendapati isteri berada di dalam sebuah kereta manakala lelaki berkenaan di luar kereta. Selepas nampak kami tiba, mereka secara tiba-tiba memecut kereta dan hampir melanggar kawan saya.
Saya kemudiannya mengejar mereka supaya berhenti untuk berbincang sehingga ke lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Port Dickson arah utara sejauh hampir 9 kilometer (km) sebelum dilanggar kereta itu.
Saya bangun ke arah kereta, namun mereka mengundurkan kereta cuba melanggar saya menyebabkan saya melompat ke atas kereta sebelum terjatuh ke jalan tidak lama kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas kesalahan memikat wanita yang bersuami dengan niat jahat.
Sumber: Berita Harian