berita

Haleon Lancar Kempen #BetterOralCareNation, Tingkatkan Tabiat Kesihatan Oral Di Malaysia

March 23rd, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Ramai yang anggap masalah kesihatan oral boleh dicegah melalui kebersihan oral yang berkesan. Tapi masalah ini tetap berlaku. Menurut Laporan Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terkini, penyakit oral menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia.

Seperti yang ditunjukkan dalam Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa (National Oral Health Survey of Adults, NOHSA) pada tahun 2010, 94% daripada golongan dewasa di Malaysia mempunyai masalah gusi dan 88.9% mengalami kaviti gigi.

Haleon, antara penyedia terbesar dunia bagi pakar kesihatan oral dan pembuat Sensodyne dah buat satu kajian berasingan yang dijalankan bersama Kerjasama Kantar. Ia menunjukkan 71% daripada rakyat Malaysia mengalami simptom sensitiviti gigi.

Jadi, ini yang Haleon lakukan untuk meningkatkan tabiat kesihatan oral di Malaysia. Kagum la!

Haleon buat kempen #BetterOralCareNation selama sebulan, ada 72,000 pemeriksaan gigi percuma!

Nak tingkatkan kesedaran kesihatan oral di Malaysia dan disokong oleh Bahagian kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Haleon dah ambil keputusan untuk lancarkan kempen #BetterOralCareNation. Korang mesti tertanya-tanya, kempen apa pulak ni kan?

Kalau korang nak tahu, kempen #BetterOralCareNation merupakan Kempen Pendidikan yang akan berlangsung selama sebulan. Bermula 1 Mei, sebanyak 72,000 pemeriksaan gigi secara percuma akan dijalankan dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. Wah!

Banyak aktiviti berbentuk pendidikan berkaitan kesihatan oral akan dibuat

Selain pemeriksaan gigi, banyak lagi aktiviti berbentuk pendidikan akan dibuat sewaktu kempen #BetterOralCareNation untuk menambah baik kefahaman kesihatan oral dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia yang 100% beri tumpuan pada kesihatan harian, kami berpeluang memecahkan halangan sosial dan persekitaran yang menghalang orang ramai daripada kesihatan harian. Kami berusaha menambah baik tabiat kesihatan oral dan bina kesedaran tentang keadaan kesihatan oral, seperti sensitiviti dan periodontitis, memandangkan perkara ini boleh dicegah menerusi kebersihan oral yang berkesan. Kami komited untuk menyokong peningkatan kesihatan oral harian, dan teruja terhadap kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia untuk mendidik orang Malaysia tentang kepentingan kesihatan oral harian.”

-Bryan Wong, Pengurus Besar, Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB), Haleon-

“Kes global berkaitan penyakit oral meningkat sebanyak 1 bilion dalam tempoh 30 tahun lepas. Ia menunjukkan penyakit oral adalah keadaan kesihatan lazim di seluruh dunia. Hanya 16% rakyat Malaysia melawat doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Hakikat ini membimbangkan kerana pengabaian kesihatan oral bukan sahaja meningkatkan risiko kepada periodontitis atau hipersensitiviti dentin, tetapi juga meningkatkan risiko penyakit lain. Individu yang menderitai sebahagian jenis penyakit periodontal adalah sekali ganda mungkin dikesan menghidap penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan melalui gusi.”

-Dr. Lim Chiew Wooi, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA)-

Sebenarnya penyakit oral seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih meluas. Malah ia telah dihubungkan dengan kesihatan sistemik yang lemah dan penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases, NDCs), termasuk penyakit diabetes dan kardiovaskular.

Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi klinik terpilih

Paling tak sangka! Jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan oleh doktor pergigian Haleon, Sensodyne juga akan melancarkan aktiviti di lokasi sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan kempen #BetterOralCareNation.

Sensodyne dengan kerjasama profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial, dan pempengaruh akan mendorong kesedaran, pendidikan dan kefahaman orang ramai tentang impak kesihatan oral yang lemah, termasuk hubungannya dengan kesihatan sistemik.

Pelancaran sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 disambut baik oleh orang ramai

Pada 20 Mac 2023, pelancaran sambutan Hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 peringkat Malaysia telah diadakan di Bank Negara Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah berkunjung ke reruai pameran Sensodyne dan merasmikan pelancaran tersebut.

Selain memperkasa orang ramai untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti hidup, acara itu mengumumkan Dasar Kesihatan Oral Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk menjelaskan strategi dan tindakan bagi menyampaikan penjagaan kesihatan oral lebih baik.

Nak tahu lokasi klinik dan aktiviti kempen #BetterOralCareNation? Ia akan tersedia melalui media sosial Sensodyne Malaysia. Jangan lupa nantikannya!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web di https://www.haleonbetteroralcarenation.com/.

SKIP THIS AD ×