Bekas penyampai radio Halim Othman mengaku bahawa dia tidak menghubungi Myra Natasya semalam, kerana mahu memberi ruang buat pelakon itu.
Artikel Berkaitan: Halim Othman Mohon Netizen Beri Ruang, Sedang Berusaha Hubungi Myra Natasya – ‘Saya Lebih Risau Keadaan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin
Cinta tak pernah berubah
Menurut Halim, cinta dan kasih sayangnya terhadap Myra tidak pernah berubah.
Bila dia dah tenang. Sila datang dan berjumpa dengan saya.
Terdahulu, Myra Natasya menuntut permohonan maaf daripada bapanya selepas isu penukaran nama pada sijil lahir yang dilakukan tanpa pengetahuannya.
Bagaimanapun, permintaannya itu didakwa tidak diendahkan Halim.
Ketika dihubungi OhBulan! Myra turut memberitahu dia tidak menerima sebarang panggilan telefon mahupun pesanan mesej daripada Halim sehingga malam Isnin.
Jelas Myra, dia hanya berhubung dengan ibunya sahaja iaitu Yusnita Omar, 49.