Penyampai radio Halim Othman memohon kepada netizen untuk memberi ruang kepadanya dan keluarga susulan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin
Artikel Berkaitan: Halim Othman Kunci Mulut Isu Anak Tak Sah Taraf, Sempat Ucap ‘Happy Mother’s Day’
Mohong beri ruang
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Halim atau nama lengkapnya Abdul Halim Othman memberitahu dia dan ibu kepada Myra Natasya sedang berusaha menyelesaikan isu yang berlaku ini secara baik. Disebabkan itu, Halim memohon ruang daripada netizen.
Saya dengan ibu Myra tengah berusaha untuk menghubungi dia. Tolong bagi kami sedikit ruang dan doa untuk kebaikan semua.
Disoal mengenai reputasi diri sendiri selepas isu ini viral, Halim berkata, dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Saya risau keadaan dia pada masa ini. Isu tukar nama pun saya tak mahu komen. Cerita ini belum selesai dan saya mohon sangat ruang. Terima kasih.
Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tidak sah taraf.
Myra mendakwa ibu bapanya itu tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan. Katanya lagi, selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut untuk menjaga nama baik dan imej bapanya yang merupakan seorang penyampai radio.