Setelah hampir 3 bulan menunggu, akhirnya pasangan sejoli Rozita Che Wan dan Zain Saidin menerima berita gembira bahawa isterinya itu sudah pun hamil.
Khabar itu dihebahkan sendiri oleh Che Ta menerusi sekeping foto ujian kehamilan yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya semalam.
Artikel Berkaitan: Che Ta Sah Mengandung Kali Ketiga, Zain Saidin Bakal Bergelar Bapa
Dalam temubualnya bersama Harian Metro, walaupun pernah hamil 15 tahun lalu, dramatis jelita itu mengakui bahawa dia masih rasa berdebar apabila mendapat hasil positif dalam ujian kehamilan tersebut.
Foto bahagia Zain Saidin, Rozita Che Wan dan dua orang anaknya
“Mahu tak berdebar apabila sudah lama tak mengandung. Bagi saya perasaannya biasa saja, tapi tetap bersyukur dengan rezeki ini.”
Che Ta yang sudahpun mempunyai 2 orang anak lelaki berusia 16 dan 18 tahun itu memberitahu bahawa kehamilannnya kali ini lebih mengujakan bagi Zain yang bakal bergelar bapa buat pertama kali.
“Yang lebih seronok tentulah Zain sebab dia baru pertama kali nak rasa. Ini adalah hadiah hari jadi untuk Zain dan saya yang diraikan Ahad lalu.”
Dalam pada itu, para peminat tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah di atas kurniaan rezeki tersebut dan meminta agar Che Ta dapat menjaga kesihatannya dengan lebih baik selepas ini.
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan