berita

Hamzah Zainuddin Menteri Ketiga Positif Covid-19 Selepas Tok Pa & Rina Harun

January 12th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, semua menteri Kabinet dilapor akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif. Hasil saringan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga didapati positif Covid-19.

Artikel Berkaitan : ‘Semua Menteri Perlu Jalani Ujian Saringan Covid-19’ – Datuk Seri Dr Adham Baba

Artikel Berkaitan : Lagi Menteri Sah Positif Covid-19, Kali Ini Rina Harun Pula

Terbaru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pula disahkan positif COVID-19 hari ini dan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Disahkan positif Covid-19

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin berkenaan, Hamzah akan memantau serta memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu, semua kontak beliau bermula 8 sehingga 11 Januari lalu diminta tampil ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk melakukan saringan COVID-19.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini. Terdahulu Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mesra dengan panggilan Tok Pa, dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu pada 10 Januari untuk pemantauan. Keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih dipantau pihak Hospital.

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×