berita

‘Semua Menteri Perlu Jalani Ujian Saringan Covid-19’ – Datuk Seri Dr Adham Baba

January 11th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Haruan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19. Perkara ini membimbangkan dan mendatangkan risiko terhadap semua ahli Jemaah Menteri.

Artikel berkaitan: Lagi Menteri Sah Positif Covid-19, Kali Ini Rina Harun Pula

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua. Beliau juga memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.

Mengambil langkah selamat

Foto: Free Malaysia Today

Menurut laporan yang dipetik dari Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan semua ahli Jemaah Menteri perlu menjalani ujian Covid-19 untuk mengelakkan risiko.

Katanya, setiap menteri akan dinilai risikonya untuk mengetahui hari dan masa serta untuk elak mereka menjangkiti orang lain.

Dalam kes Menteri Kabinet, kita memang meminta ahli jemaah menteri membuat ujian calitan sebagai langkah pencegahan

Tambah beliau, penilaian risiko itu pula akan dilakukan oleh pakar kesihatan awam. Manakala, Pusat Kesihatan daerah (PKD) yang akan mengeluarkan garis panduan untuk menentukan perlu atau tidak untuk menteri terbabit mengambil langkah susulan selepas dapat sahkan jangkitan.

Sumber: Berita Harian.

SKIP THIS AD ×