Di Instagram, bekas peserta progam Pencetus Ummah iaitu PU Abu Sufyan memuat naik sebuah posting ‘istimewa’ buat isterinya, Ain Afini. Bukan itu sahaja, PU Abu turut memberi bayangan dia akan menerima cahaya mata pada awal tahun hadapan.
Artikel berkaitan: PU Abu Positif Covid-19
Artikel berkaitan: Kongsi Foto Bayi Baru Lahir, Netizen Tanya Isteri PU Abu Yang Mana Bersalin
Artikel berkaitan: ‘Mata Hana Bukan Ditumbuk Oleh Saya’ – PU Abu Akui Dalam Proses Cerai Isteri Kedua
Bila teringat likunya rasa sebak
Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih-lebih lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi. Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun.
Menurut PU Abu, Ain seorang isteri yang meredhai segala keputusan yang dibuat olehnya selama ini. Biarpun dibelakangi berkali-kali, PU Abu berkata Ain tetap menjaga maruahnya dan tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.
Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yang terbaik buat anak-anakmu. InshaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit.
Tambah PU Abu, isterinya seorang yang pandai memasak, pandai melayan orang tua, pandai mendidik anak dan banyak lagi. Jelasnya lagi, Ain seorang yang cantik dan comel. Lebih beruntung, wanita tersebut tidak pandai ‘jual diri’.
Maaf salah silap sebelum ini
Di Instagram Story, PU Abu turut memohon maaf kepada isterinya di atas kesalahan yang dilakukan sebelum ini. Pendakwah bebas itu juga mengakui bahawa menyayangi orang menyayangi kita itu merupakan perkara luar biasa.
Terdahulu, nama PU Abu pernah menjadi bualan ‘hangat’ netizen apabila dia menceraikan Ain ketika isterinya itu sedang sarat hamil anak pertama mereka. Kemudian, dia telah berkahwin dengan seorang usahawan wanita iaitu Hana Azraa tetapi telah bercerai setahun selepas itu.
Sumber: PU Abu