berita

Hana Elite Diisytihar Bangkrap Kerana Watie

February 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-04 at 2.21.41 PM

Sudah lama kita tidak mendengar kisah daripada bekas ahli kumpulan Elite ini. Ibu kepada dua orang anak ini nampaknya kini sedang mengalami dugaan besar dalam hidupnya apabila telah diisytiharkan muflis pada April 2013.

Namun, apa yang mengejutkan, menerusi laporan myMetro, Hana Elite mendakwa bahawa dia telah diisytiharkan bangkrap disebabkan oleh teman baiknya, Watie.

Menurut Hana, lapan tahun lalu dia telah menawarkan bantuan terhadap sahabatnya itu dengan meminjamkan namanya untuk pembelian sebuah kereta Toyota Wish. Selain itu, Hana turut membayar hampir RM10,000 bagi menjelaskan wang pendahuluan kereta beserta insurans dan cukai jalan.

“Tawaran berlakon banyak, tetapi susah untuk dia (Watie) berulang alik kerana tiada pengangkutan. Dia mahu beli kereta Toyota Wish tetapi tidak boleh buat pinjaman bank kerana namanya disenarai hitam. Tapi dia mesti bayar setiap bulan kepada bank kerana itu keretanya.

Tak sangka pula dia tidak penuhi janjinya dan saya tak tahu di mana kereta itu sekarang. Menurut pihak bank, tiada bayaran dibuat sejak 2008 dan sebelum itu pun bayaran tidak konsisten.

Ketika mahu beli kereta itu, kami ada buat perjanjian bertulis depan jurujual tetapi ia tidak boleh dijadikan bukti sebab tidak matikan setem”

Screen Shot 2014-02-04 at 2.26.28 PMWatie didakwa oleh Hana lepas tangan berkenaan kes tersebut

Untuk mengelakkan Watie terbeban menanggung hutang, Hana pernah menasihatkannya untuk menjual kereta tersebut dan membeli kereta terpakai secara tunai. Namun, nasihatnya tidak diendahkan dan Watie sering mengelak apabila Hana membuka cerita tentang kereta tersebut.

“Tidak lama selepas itu, saya menetap sekejap di Australia dan apabila pulang ke tanah air, saya dapat tahu dia berkahwin dan guna Toyota Harrier. Saya ingatkan hal pinjaman Toyota Wish itu selesai dan buat tak tahu saja.

Sampailah awal tahun lalu, saya dan beberapa kawan mahu ke Singapura tetapi saya tak boleh memasuki negara itu berikutan nama disenarai hitam. Apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mahu keluarkan duit di bank tetapi tak boleh”

Selepas diselidik, Hana mendapati akaunnya telah dibekukan kerana tidak membayar tunggakan pinjaman kereta dan dia dinasihatkan untuk terus berurusan dengan pihak Insolvensi. Apa yang lebih mengejutkan, baki hutang telah meningkat daripada RM60,000 kepada RM99,000.

Hana yang turut menyatakan kekecewaannya itu kini sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Watie berkenaan kes ini dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×