Selepas mendirikan rumah tangga bersama Da’i Syed, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dengan penampilan Hana Ismail apabila tudung yang digayakan tidak menutupi bahagian dadanya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Main Ikat-Ikat Rambut, Netizen Tanya Isteri Da’i Syed Mengidam Baby Girl Ke?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kerap Sangat Tayang Gelagat ‘Sweet’, Netizen Label ‘Terpaling Kahwin’ Dekat Da’i Syed & Isteri
Artikel Berkaitan: Terlepas Cakap Pasal Kahwin Lain, Dai Syed ‘Cuak’ Isteri Bagi Renungan Tajam
Tudung singkat
Menerusi hantaran yang dimuat naiknya di laman Instagram, Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail memuat naik beberapa gambarnya di dalam kereta. Hana dilihat memakai busana berwarna hitam putih dengan gaya tudung yang singkat.
Penampilan itu mencetus rasa kurang selesa dalam kalangan netizen yang lebih menyukai dengan imej tudung labuh menutupi dada.
Netizen kecewa
Walau bagaimanapun, Hana tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan mengenai penampilan tersebut.
Terdahulu, Hana dan Da’i Syed mengundang pelbagai respon mengenai kemesraan yang sering ditunjukkan di media sosial yang membuatkan ramai kurang senang dengan kekerapan hantaran yang dimuat naik itu sehingga mendapat gelaran ‘terpaling berkahwin’.
Sumber: Instagram @hanaalmauzah