Setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Tidak terkecuali, pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha yang turut berkongsi caranya mengawal anak-anak sambil menguruskan perniagaannya, Cakenis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Alisa Dijangkiti Influenza B – ’10 Hari Kami 3 Beranak Tumbang’
Artikel Berkaitan: Foto Hanis Zalikha & Hairul Azreen Undang Persoalan, Netizen Syak Yusuf & Alisa Bakal Dapat Adik?
Kawal marah
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Hanis atau nama panggilan mesranya Kek Nis menyatakan dirinya sama sahaja seperti ibu di luar sana yang memarahi anak-anak jika berkelakuan tidak baik.
Saya pun ada je marah. Parents mana yang tak marah.
Saya selalu letak anak ini seorang manusia. Kecilnya hati bila ditengking, dicubit dan dimarahi. Saya tak nak mereka rasa kerdil, sebab tu saya akan cuba untuk tidak tinggikan suara bila marah.
Tambah isteri kepada pelakon Hairul Azreen, dia akan sentiasa berterus terang dengan apa yang dirasai pada anak-anak supaya mereka mudah faham.
Support system
Dalam pada itu, Hanis menekankan sistem sokongan amat penting kerana dia juga tidak mampu untuk menguruskan semua secara sendirian.
Kalau Hairul takde, parents saya akan tolong. Kalau tak saya pun tak boleh nak handle perniagaan saya (Cakenis).
Untuk info, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Tiktok Mingguan wanita