Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha mendedahkan dia memilih aktor, Hairul Azreen sebagai pasangan hidup adalah kerana mempunyai matlamat hidup yang sama.
Artikel Berkaitan: Hanis Zalikha Sering Kawal Rasa Marah, Enggan Anak-Anak Rasa Kerdil – ‘Kena Tarik Nafas & Luah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen, Hanis Zalikha & Alisa Dijangkiti Influenza B – ’10 Hari Kami 3 Beranak Tumbang’
Yakin pilih Hairul
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Hanis berkata dia yakin membuat keputusan itu selepas melihat mereka sehaluan bersama.
Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup kami.
Saya bersyukur ditemukan dengan lelaki yang tidak merokok, minum minuman alkohol, ambil dadah dan terlibat dengan duit haram.
Kami memiliki pandangan hidup tentang kemurahan hati dan sifat empati.
Pemilik nama Hanis Zalikha Zainal Rashid itu berkata demikian selepas menjawab soalan netizen berkaitan keyakinan dalam menjadikan Hairul sebagai pasangan hidup.
Tergila-gila sesama sendiri
Usahawa berusia 35 tahun itu juga berkata sebelum berkahwin dia memendam perasaan suka terhadap pelakon filem Wira itu.
Mengulas lanjut, Hanis berkata rakan-rakannya turut menjadi saksi bagaimana mereka mencintai satu sama lain sehingga sekarang.
Saya tak rasa ramai yang faham bagaimana saya menyimpan perasaan suka yang lama terhadap Hairul dan dia juga memberikan energy yang sama.
Disebabkan itu, kami sangat dilamun cinta. Rakan-rakan pun melihat betapa gilanya kami terhadap satu sama lain.
Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga Jun 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata, Yusuf Iskandar, 9 dan Alisa Aisyah, 6.