
Hantaran anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim di media sosial mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Selamat Bertunang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Abby Abadi Untuk Anak Undang Sebak – ‘Kalau Nanti Kamu Rasa Dunia Ini Berat..Pulanglah’
Kesalahan

Menerusi perkongsian di Threads, Danish, 23, memuat naik hantaran yang meluahkan pandangan tajam mengenai sikap segelintir masyarakat masa kini.
Orang kita bodoh sampai ke hari ini sebab cerdik dia dekat “asyik mencari salah orang”.
Kenyataan itu menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya mendakwa ia berkait rapat dengan adiknya, Marissa Dania yang menjadi topik hangat pada ketika ini.
Warganet kemudiannya bertindak untuk meninggalkan komen berbaur kecaman kepada Danish susulan rasa kurang senang dengan kenyataan tersebut yang dilihat seolah-olah bersifat provokatif.
Komen warganet


Terdahulu, nama Marissa sekali lagi menjadi bualan hangat selepas isu pernikahannya bersama pempengaruh, Ahmad Aslam kembali dinaikkan apabila hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.
Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
Sumber: Threads








