Sebelum ini, ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur jika berita perceraian anaknya itu tepat seperti yang dilaporkan.
Artikel Berkaitan: ‘Benar, Syamsul Telah Failkan Cerai Terhadap Ira Petang Tadi’ – Peguam
Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Perceraian Terhadap Ira Kazar?
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam ‘No Comment’ Isu Syamsul Didakwa Ceraikan Ira Kazar – ‘Kami Dah Lama Lost Contact’
Artikel Berkaitan: ‘Jika Benar Berita Ini, Saya Amat Bersyukur’ – Patimah Ismail
Terbaru, Patimah dilihat memuat naik satu posting di Instagram berhubung kata-kata seorang ibu kepada anaknya.
Saya yang lahirkan awak
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kata-kata yang dikongsikan oleh Patimah itu berbunyi seperti ini ‘saya yang lahirkan awak, saya cintakan awak dahulu, saya masih sayang awak, saya sentiasa ada dan terus ada’.
Posting yang dimuat naik oleh Patimah itu didakwa melambangkan perasaannya sebagai seorang ibu. Meskipun sekadar berkongsi kata-kata, netizen mendakwa mereka sangat memahami mesej yang mahu disampaikan oleh isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu.
Terdahulu, Patimah berharap Syamsul kembali ke jalan yang benar. Pada masa yang sama, Patimah berkata, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku.
Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.
Sekadar info, Syamsul sudah memfailkan perceraian dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.
Tindakan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak ada lagi persefahaman.
Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan selebriti berkenaan.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Sumber: Patimah Ismail