
Pelakon dan penyanyi Isa Khan mencuri perhatian netizen apabila berkongsi luahan mengenai fasa perubahan hidupnya ke arah yang lebih baik.
Artikel Berkaitan: Isa Khan Tegur Drama Melayu Banyak Adegan ‘Soft P*rn’, Beri Pengaruh Buruk – ‘Nak Berkarya Biarlah Ada Manfaat’
Artikel Berkaitan: Isa Khan Anggap Konten ‘Jamilah’ Mengarut & Memalukan Agama – ‘Bini Orang Menggatal, Komen Tak Senonoh’
‘Tak terkira dosa yang aku dah buat’
Menerusi hantaran di Instagram, suami kepada pelakon Risteena ini secara terbuka mengakui kekesalan terhadap masa lampaunya dan bersyukur kerana masih diberi peluang oleh yang Maha Esa.
Banyak dah umur aku, hidup sampai bila pun tak tahu. Tak terkira dosa yang aku dah buat dalam hidup ni, tapi Allah SWT tak tarik nyawa aku masa sedang aku menikmati dunia di dalam khilaf aku sendiri.
Dia maha baik, sebab tu hari ini aku pilih untuk berubah dan tak nak kecewakan Allah Swt lagi. Sahabat, doakan aku terus kekal di jalan yang lurus ini sehingga lah nafas terakhir menjemput.
Semoga segala amal aku di terima oleh Nya, dan semoga syurga menjadi destinasi terakhir aku.
Isa menyedari bahawa setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun dia tersentuh dengan sifat Maha Penyayang Tuhan yang masih meminjamkan nyawa kepadanya meskipun di saat dirinya sedang lalai dengan dunia.
Banyak dah umur aku, hidup sampai bila pun tak tahu. Tak terkira dosa yang aku dah buat dalam hidup ni, tapi Allah SWT tak tarik nyawa aku masa sedang aku menikmati dunia di dalam khilaf aku sendiri.
Dia Maha Baik, sebab tu hari ni aku pilih untuk berubah dan tak nak kecewakan Allah SWT lagi.
Isa mengharapkan doa daripada orang ramai agar segala amal ibadahnya diterima dan diberikan pengakhiran yang baik.
Sahabat, doakan aku terus kekal di jalan yang lurus ini sehinggalah nafas terakhir menjemput. Semoga segala amal aku diterima oleh-Nya, dan semoga syurga menjadi destinasi terakhir aku.
Sumber: Instagram Isa Khan








