Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini kembali selepas 15 tahun dan bakal mengubat rindu para peminat.
Artikel Berkaitan: Lebih 2,000 Orang Hadiri Sesi Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Kuala Lumpur! Idayu, Salma Asis & Alina Hassan Turut Cuba Nasib
Top 100 bakal berentap
Selepas selesai sesi uji bakat di tujuh buah lokasi dan platform atas talian, Calpis Soda One In A Million 2024 (CSOIAM) kini mengumumkan 100 peserta yang terbaik yang telah berjaya lolos di sesi uji bakat.
Menerusi satu sesi sidang media yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, kesemua 100 peserta diperkenalkan dan kini, mereka akan bersaing berhabis-habisan kerana hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam CSOIAM yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 nanti.
Akan mula ditayangkan pada 22 Disember 2024, program CSOIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.
Bagi musim terbaharu, program CSIOAM bakal menggandingkan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai hos program manakala menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.
Untuk format program, para peserta bakal berentap selama tujuh minggu melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (60%) dan undian daripada penonton (40%).
Rakan Penaja, Promosi dan Hadiah Mingguan Menarik!
Untuk edisi kali ini, juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000.
Lebih teruja, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti peserta namun para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.
Rakan penaja iaitu jenama kenderaan antarabangsa, Peugeot amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Calpis Soda untuk memberikan hadiah-hadiah istimewa tersebut.
Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia iaitu Tuan Jamie Francis Morais, pihak Peugeot berterima kasih dengan pihak Calpis Soda kerana telah membuka peluang kerjasama untuk membolehkan mereka menawarkan hadiah kepada pemenang yang bertuah.
Peugeot Malaysia amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Calpis Soda untuk memberikan hadiah-hadiah istimewa sempena Calpis Soda One In A Million.
Sebagai ‘initiator’ utama, Calpis Soda telah membuka peluang kerjasama ini, membolehkan kami menawarkan tujuh unit Peugeot Landtrek sebagai hadiah mingguan dan sebuah Peugeot 408 sebagai sebahagian daripada pakej hadiah utama.
Dengan tiga tonggak utama kami—Allure, Emotion, dan Excellence—kerjasama ini mencerminkan semangat inovasi dan kecemerlangan.
Model Peugeot Landtrek yang gagah dan serba boleh serta Peugeot 408 yang anggun dan ikonik adalah simbol falsafah ‘Bahasa Tarikan’ kami, yang melambangkan kombinasi sempurna keanggunan automotif dan semangat pengembaraan.
Buat para peminat yang sudah lama menantikan program terulung ini, nantikan konsert minggu pertama CSOIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember ini.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!
Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.