berita

Hanya Belajar Dari Youtube & Google, Lelaki Ini Berjaya Hasilkan Kolam Renang PKP Untuk Anak-Anak

February 11th, 2021 | by Shafika
Make-It-Senang

Hampir sebulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak Januari lalu. Kami pasti ada segelintir orang yang mula kebosanan duduk di rumah sehinggakan pelbagai akvititi telah dicuba. Betul tak? Seperti perkongsian lelaki ini yang membuat projek mini kolam untuk anak-anaknya sempena musim PKP. Fuh cantik betul!

Projek PKP

 Alhamdulillah. Akhirnya jadi realiti juga projek ni. Memang nak mula bertangguh tangguh tapi dah mula 7 hari siang malam kita usahakan juga secara SOLO. Iya sorang-sorang jaga SOP kan dan adalah cuba dibantu oleh anak-anak tapi 3 minit je bertahan.

Menurut lelaki ini, projek musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya dilakukan seorang diri dan berpandukan kajian daripada Google, Youtube dan Facebook sahaja. Walaupun ianya memakan masa dan tenaga namun hasilnya sunggauh berbaloi.

Barang-barang kebanyakan ditempat dari online. 3 hari terus sampai depan rumah… cuma KANVAS kolam yg sebelah dalam tu beli dari set pool yang dah siap. Jenama Bestway 2m x 4m… kedalaman 1m… boleh try cari di shopee.. harga lebih kurang rm700-800.

Bermula dengan sebuah lakaran untuk jelas projek ini. Di bahagian tepi juga dilindungi oleh deck tepi adalah untuk menghalang kucing daripada mencakar atau bersembunyi di dalamnya. Selain itu, ianya untuk tampak lebih kemas dan melindungi paip yang sedia ada.

Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan.. kenapa tak simen? Hahaha.. tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada.. senang sekali order.. rumusan.. sebaiknya lantai tu simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.

Ditutup dengan rumput karpet

Pastikan pasir diratakan dengan betul dan menutup paip longkang air di hujungnya agar tiada ‘binatang’ boleh keluar masuk. Selepas siap bahagian sini, tampalkan balik rumput karpet bagi mengelakkan pertumbahan tumbuhan di celah-celah. Cara ini juga dapat dijadikan alas didasar kolam agar tidak terpijak pasir dan batu.

Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Pelan2 potong pakai gunting.. tak berani pakai GRINDER..Siap lebih kurang frame utk deck.. ingat, ini untuk tampung DECKING. Tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak.

Pasang sistem pam dan filter

Selepas selesai pemasangan frame deck, boleh pasang sistem pam dan filter untuk kolam seperti gambar di atas. Kemudian, pasang kolam kanvas yang boleh dibeli di Shopee jenama Bestway. Ini masanya untuk cuba isi air ke dalam air selepas semuanya selesai.

Asalnya pam 0.5hp.. kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power untuk bantu bila nak vacuum sedut habuk dilantai… maka… UPGRADE ke 3.0hp!

Akhir sekali, pasang deck kayu disekeliling agar tampak lebih kemas. Lelaki ini menggunakan jenis  PRIMA PLANK yang mempunyai urat kayu dan kalis air. Maka siaplah projek musim PKP, memang cantik hasilnya kan? Untuk lebih jelas serta info mengenai kos dan pemasangan, korang boleh terus ke Facebook ini.

Seronoknya ayah kreatif

Sumber : Eddy Azuan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×