Pelakon dan pelawak, Zul Yahya, sebelum ini pernah menjadi tumpuan gara-gara membersih dan mengutip sampah di sekitar Taman Meru, Ipoh. Zul yang kini bergelar usahawan juga sering membuat kerja kebajikan membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, Zul Yahya dilihat memberi sumbangan barang keperluan tanpa mengira bangsa dan agama. Tindakannya ini menerima pujian daripada orang ramai.
Allah sayang kita
Video yang dimuat naik cukup menyentuh emosi sehingga ramai yang turut bersedih. Dapat dilihat ramai golongan kurang berkemampuan beratur mengambil sumbangan yang diberi Zul Yahya. Terbaik!
Nikmat dikongsi bersama
Tanpa mengira bangsa dan agama, kasih sayang pelakon ini sama rata sahaja. Di ruangan komen, ramai yang mengagumi dan mendoakan semoga segala amal yang dilakukan Zul Yahya diberkati.
Tersentuh hati
Sumber : Zul Yahya