berita

Hanya Bertilamkan Kotak, Ini Cara Jepun Kendali Kes Kuarantin Sementara Traveller Dari Luar Negara

April 11th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika dibandingkan dengan negara luar, Malaysia merupakan salah satu negara yang menyediakan tempat yang baik untuk sesiapa yang dikuarantin. Ini adalah salah satu usaha kerajaan mewajibkan sesiapa yang baru pulang dari luar negara menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.

Di Twitter, seorang lelaki berkongsi pengalamannya tidur beralaskan kotak di lapangan terbang Narita Jepun sebaik sahaja pulang dari Hanoi. Difahamkan, sesiapa yang baru pulang dikehendaki menjalani ujian saringan sebaik sahaja tiba.

Tilam kotak

Sementara tunggu keputusan saringan

Memetik laporan wasabiblog, lelaki ini baru sahaja pulang dari Hanoi pada 8 April dan diminta menjalani ujian saringan sebelum dibenarkan keluar daripada lapangan terbang.

Sebaik sahaja tiba, dia diminta mengisi borang keizinan untuk pemeriksaan dan kuarantin. Difahamkan terdapat ruang kuarantin  disediakan di lapangan terbang itu sendiri.

Selepas melepasi imigresen, kastam dan pengambilan bagasi, sampel di bahagian hidung diambil bagi tujuan saringan dan keputusan akan diketahui dalam masa dua hari.

Kemudian, mereka hanya dibenarkan pulang jika ada keluarga yang datang ambil di lapangan terbang. Mereka dikehendaki mengisi maklumat peribadi termasuk alamat dan maklumat lain untuk tempoh 14 hari kuarantin.

Mereka dilarang sama sekali menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal terbang domestik dan sebagainya. Jika tiada ahli keluarga yang mampu hadir, mereka dibawa ke ruang menunggu. Proses menunggu mengambil masa selama satu sehingga dua jam, mereka diberi makanan ringan untuk mengalas perut yang lapar.

Sekurang-kurangnya satu hari

Selepas itu, mereka dibawa ke tempat kuarantin sementara menaiki sebuah bas. Dia sekali lagi diminta mengisi maklumat peribadi dan alamat tempat dikuarantin untuk 14 hari (sama ada rumah sendiri atau hotel).

Sementara itu,  mereka harus menunggu sehingga keputusan ujian saringan dikeluarkan iaitu sekurang-kurangnya satu hari. Tiada pilihan, mereka diberi sebuah katil kotak dan alas tidur.

Kemudian, sekiranya keputusan ujian negatif mereka dibenarkan mengambil bas, sewa kenderaan atau diambil keluarga menuju ke tempat kuarantin. Selepas itu, mereka diwajibkan menjalani self quarantine selama 14 hari.

Walaubagaimanapun, lelaki ini menasihati orang ramai supaya tidak melemparkan pandangan negatif kepada pihak berkuasa. Katanya, ini adalah satu langkah yang baik dalam mencegah penularan virus.

Sumber : wasabiblogwasabi1094misachasu0209

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×